Saturday, 11 July 2015

Luahan Hati Zahra #sayaZAHRA #sayaAZWAN



Saya Zahra, berumur 23 Tahun, pemegang Ijazah Undang-Undang daripada sebuah Universiti tempatan.

Izinkan saya berkongsi sedikit kisah hidup dan pandangan kerana mungkin banyak kaitannya dengan majlis kita pada petang ini.

Sewaktu bergelar pelajar dahulu saya sering terbayang-bayang kehidupan saya selepas tamat pengajian. Sudah tentu indah bukan! . Kerana dengan gaji yang besar yang bakal saya perolehi, saya dapat merancang masa depan dengan lebih teratur. Namun, setelah hampir 2 tahun bergelar graduan, saya semakin kecewa dan marah dengan nasib yang menimpa saya. Hidup memang ibarat kais pagi makan pagi. Realiti orang bekerja rupanya tidaklah seindah yang disangka. Malah amat menyiksakan. Ya, saya memandu ke pejabat, namun kereta itu bukanlah milik saya. Saya sekadar meminjamnya dengan membayar RM500 setiap bulan kepada bapa saya. Kebiasaanya bila hujung bulan saya akan menaiki LRT ke pejabat kerana poket sudah kosong. Ini sebenarnya sudah menjadi rutin dan saya memang malu dengan kedua-dua ibu bapa saya. Saya yang sepatutnya menyara mereka bukanlah sebaliknya.

Keinginan untuk memiliki rumah sendiri rumah juga nampaknya akan tinggal angan-angan untuk tempoh yang lama. Untuk menyediakan deposit 10% pun paling cepat 5-7 tahun lagi. Saya baru tahu, untuk membeli rumah di kawasan Melawati atau Ampang memerlukan pendapatan minimum RM9000 sebulan. Mampukah saya!!! Hari ini saya hanya mampu menyewa bilik sahaja dan dengan Rm500 sebulan ia amat menyiksakan. Sampai bila nak berhimpit sampai 8 orang serumah?
Realitinya berbekalkan gaji saya sekarang, membeli rumah bukanlah satu pilihan. Banyak pangsapuri dan rumah-rumah di Kuala Lumpur kosong tidak berpenghuni. Mungkin terlalu mahal untuk graduan seperti saya. Jadi, rumah yang mahal-mahal itu untuk siapa ? Bukanlah saya tidak bersyukur, saya juga bukan seorang yang mudah berputus asa. Saya sentiasa mencari peluang menambah pendapatan. Namun ia bukan mudah jika kita terikat dengan pekerjaan tetap. Saya mahu mengambil peperiksaan profesional untuk membolehkan saya menjadi seorang peguam namun kos peperiksaan sebanyak RM15000 tidak tertanggung. Hutang pinjaman pendidikan yang dahulu juga belum habis dibayar. Lebih malang lagi, Universiti pengajian saya tidak mendapat pengiktirafan . Mungkin saya perlu berkahwin dengan lelaki kaya untuk keluar dari kemelut sosioekonomi ini. Kedengaran melucukan, tapi ianya realiti. Belajar tinggi-tinggi tapi akhirnya mengemis juga.

Tuan-tuan, bulan lepas saya dikejutkan dengan berita kemalangan jalan raya melibatkan kedua-dua ibu bapa saya. Syukur Alhamdulillah mereka hanya cedera ringan. Tetapi tambahan perbelanjaan yang terpaksa saya tanggung serta tragedi yang menimpa keluarga saya benar-benar membuat saya tersentak. SESUATU PERLU DILAKUKAN. Apabila saya diminta untuk bercakap di atas pentas ini, di hadapan YAB Timbalan Perdana Menteri. Inilah peluang untuk saya suarakan luahan hati generasi saya. Saya tahu saya tidak bersendirian, kerana ramai kawan-kawan saya turut terseksa. Kami sudah tidak nampak jalan keluar. Masa depan saya dan jutaan Anak Melayu di negara ini amatlah kelam dan kelabu. Terus terang saya katakan, kami anak-anak muda Melayu sebenarnya sudah tidak hiraukan isu-isu politik atau perkauman lagi kerana apa yang lebih penting bagi kami adalah isu SURVIVAL. I am the future of Malaysia. Tetapi saya sering tertanya-tanya. Jika orang yang berpendidikan tinggi seperti saya boleh sebegini miskin. Apakah harapan buat rakyat Malaysia yang lain yang tidak ke menara gading atau bukan dari keluarga berada. Ke mana arah mereka?

Pada Petang ini dan menjelang Ramadan yang akan disambut esok. Ingin saya tekankan kepada YAB TPM, kepada para pemimpin, ahli-ahli ekonomi, para bijak pandai, para majikan dan seluruh masyarakat agar jangan berlengah lagi untuk membela nasib orang Melayu dan bumiputera yang sekarang ini seperti pendatang di tanah air sendiri. Akhir kata, saya percaya bahawa esok masih ada. Sebagai seorang Melayu yang beragama Islam.  Saya yakin dan percaya bahawa rezeki itu dijamin oleh Allah Taala. Saya akan teruskan hidup dan berikhtiar. Saya dan kawan-kawan lain tidak akan berputus asa dan kami sentiasa berdoa agar negara ini terus maju dan dikurniakan pemimpin yang amanah dan bertanggungjawab. Kepada mereka di peringkat tertinggi. Inilah ANGIN PERUBAHAN yang perlu kita tempuhi untuk melangkah ke era 2020 sebagaimana yang dicita-citakan . Kita lakukannya bersama-sama.

Sekali lagi, nama saya Zahra dan saya sayangkan Malaysia.

Sekian Terima Kasih.

#sayaZAHRA
#sayaAZWAN
#AnginPerubahan
#KebangkitanAnakMuda
#SayaSayangkanMalaysia


Sunday, 28 June 2015

MUNAJAT RAMADHAN

Ya Allah…ya Rahman…ya Rahim…
Dalam dakapan Ramadhan yg suci ini, Dengan rasa rendah diri, Kami yg kerdil dan hina ini memohon doa dgn penuh pengharapan kpdMu ya Allah… semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, krn sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar.
Ya Fattahu ya alim…
Ajarkanlah kami yg lemah ini utk melihat jln keluar dr semua masalah yg membelenggu kami, bukakanlah hijab kpd kami yg tak mampu melihat setiap kebaikan pd kejadian dan takdirmu. Ya Allah..takdirkanlah yg baik2 utk diri kami, Jgnlah kau menguji kami pd apa yg tidak mampu kami lalui.. Bukakanlah pintu2 rahmatMu utk kami ya Allah…
Ya Allah Rabbul Jalil….
Sejahterakanlah utk kami dgn kesihatan yg baik..supaya dgnnya kami dpt beribadah kpdMu. Ya Allah..ampunkanlah segala dosa kami, krn kami terlalu byk dosa kpdMu ya Allah…Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat pdMu bila ditimpa sakit, Kami lupa kdpMu ketika senang, kami ingat pdMu bila dtg kesusahan. Kami lupa kpdMu disaat kami gembira, Kami ingat kpdMu ketika sedih dan kecewa, Kami habiskan usia muda dgn keseronokan dunia, kami mula mengingatiMu tika usia sdh tua, ..justeru ya Allah...ampunilah semua dosa kami..berilah kekuatan kpd kami utk melawan hawa nafsu dan dunia yg sentiasa mlalaikan kami drp mengingatimu ya Allah…
Ya Allah…ya Rahman..ya Rahim…
Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami,. setiap titik susu ibu yg mgalir dlm diri kami...kau gantilah dgn kebajikan utknya yg boleh mbawanya ke syurgaMu ya Allah...ya Rahman...pd setiap keringat yg mngalir pd tubuh ayah kami dlm mcari rezki kpd kluarga kami...kau gantikanlah dgn keampunan yg mbawa ke syurgaMu ya Allah. Sesungguhnya pengorbanan mereka tdk akan mampu kami membalasnya. Bahkan terkadang mereka hidup dlm kesusahan dan kesempitan, sdgkan kami berada dlm kesenangan dan kemewahan...Justeru kurniakanlah kpd kedua ibubapa kami tempat yg istimewa d syurgaMu ya Allah…..
Ya Allah….
Kami juga memohon ampun utk kaum kerabat kami, sahabat2 kami dan guru2 kami yg terlebih dahulu pergi meninggalkan kami kealam barzakh…golongkanlah mereka dlm org2 kau redhai…apabila tiba pula giliran kami menuju barzakhMU..maka Kau ambillah kami dlm keadaan yg baik2…dlm keampunan dan rahmatMu ya Allah…
Ya Allah ya azizz…
Kurniakanlah kpd kami jiwa yg tenang dan tenteram…hiasilah hati kami dgn sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab…Kau jauhkanlah drp kami sifat ujub, riak,takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianah.
Ya Rashid…ya rahman…ya Rahim..
Jika ada diklgan kami mereka yg diuji dgn kesusahan, maka kau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka, jika ada d klgn kami mereka yg bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jln kluar kpd mereka, jika ada d klgn kami sdg berhajat dgn keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka, jika ada d klgn kami mereka yg diuji dengan sakit, maka kau sembuhkanlah mereka ya Allah…agar dapat beribadah bsama kami. Jika ada dklgn kami mereka yg derhaka kpd ibubapa atau terkurang dlm melayani mereka, maka kau ampunilah mereka, jdkanlah kami anak2 yg taat dan berbakti..sesungguhnya Engkaulah tuhan yg maha mendengar dan mengasihi…
Ya Allah ya malikal mulk…
Ya Razak..ya fattahu ya alim…
Kurniakan kpd kami rezeki yg halal lg dberkati. dan jdkanlah dgn rezeki itu kami semakin dekat dgnMu..sebaliknya, jgnlah kau jdkan kami drp gol yg lupa diri setelah mndapat kurniaannMu.
Ya Allah….
Bantukanlah kami dlm menjalankan urusan agama kami, Elokkanlah urusan dunia kami, yg padanya tempat kami mencari kehidupan, Elokkanlah urusan akhirat kami, yg padanya tempat kami akan kembali utk selama2nya.. jdkanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kpd kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kpd kami dr segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kpdMu dgn jiwa yg tenang….
Ya Allah ya zal jalali wal ikram…
Ya Allah….Jgnlah kau jdkan ramadhan ini sbg yg terakhir buat kami, temukanlah kami dgn Ramadhan yg akn dtg…
Tapi, Andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jdkankanlah puasa kami sbg puasa yg Kau rahmati, jdkanlah ramadhan ini paling bererti, penuh dgn cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangmu ya Allah…jdkanlah ramadhan ini sebagai penghapus dosa2 kami.. Ya Allah…temukanlah kami dgn lailatul qadr…pilihlah kami dikalangan hambaMu yg dpt beramal d mlm al-Qadr….Ya Allah..terimalah amalan kami..terimalah taubah kami..ampunkanlah segala dosa kami...amankanlah kehidupan kami disana nanti yg kekal abadi…kurniakanlah kpd kami syurgamu yg maha luas nikmatnya…
Aamiin, Aamiim, Aamiin, Ya Robb...

sumber : https://www.facebook.com/paktani.yutaka/posts/1605379386393444

Faisal Tehrani


FAISAL TEHRANI adalah nama pena kepada Mohd Faizal Musa. Beliau dilahirkan pada 7 Ogos 1974 di Hospital Kuala Lumpur. Pada usia 5 tahun beliau dibawa ibu-bapanya berpindah ke Melaka dan dibesarkan di kota bersejarah tersebut.

FAISAL TEHRANI mendapat pendidikan awal di Sekolah Sacred Heart Melaka, kemudian di Sekolah Rendah Jalan Dato? Palembang dan memperolehi 5 A untuk peperiksaan Penilaian. Faisal kemudian menuntut di Sekolah Menengah Sultan Muhammad sehingga Tingkatan Tiga, lantaran keputusan SRP yang cemerlang, beliau ditawarkan belajar di Kolej Islam Kelang (Kolej Islam Sultan Alam Shah). Kisah-kisah awal remaja Faisal banyak disirikan di dalam majalah Fokus SPM.

Faisal seterusnya menuntut di Akademi Islam Nilam Puri Kelantan sebelum meneruskan pengajian sehingga memperolehi ijazah Sarjana Muda Syariah Politik dari Universiti Malaya.Tidak lama kemudian Faisal menjadi fellow di Universiti Sains Malaysia. Beliau meneruskan pengajian peringkat Sarjana (MA) dalam jurusan Kesusasteraan dan kini melanjutkan pelajaran dalam kedoktoran (PhD) pula di UKM.

Dalam bidang drama pentas Faisal menulis tiga buah drama setakat ini iaitu Rintih Chicago (memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia 1996/97), drama Angin Madinah (memenangi Hadiah Sastera Berunsur Islam anjuran Yayasan Pelajaran Islam Malaysia dan DBP) serta drama MISI yang dikerjakan bersama pengarah muda terkenal Nam Ron. Dalam tahun 2002 dilaporkan beliau akan bekerjasama sekali lagi dengan Nam Ron di samping mementaskan sebuah drama yang diadaptasi dari sebuah novel sensasi karangan seorang Sasterawan Negara.Dalam genre novel, Faisal menulis antara lain novel Cinta Hari-hari Rusuhan (Creative Enterprise 2000) dan Perempuan Politikus Melayu (Penerbitan Pemuda 2000). Novel Perempuan Politikus Melayu mendapat pujian pengkritik sastera antara lain seperti Profesor Madya Amida Abdul Hamid, SM Zakir dan Dato Johan Jaafar dan dianggap sebuah novel yang berani. Novel Jendela Berlangsir Hujan disirikan dalam majalah EH! mendapat sambutan dan masih berlangsung mengenai persahabatan tiga gadis Latha Baskaran, Dang Asmara dan Chloe Robertson. Novel bersiri Dongeng Kingdom Of Flowers di majalah al-Wasilah bagaimanapun terbantut setelah majalah remaja tersebut diharamkan oleh kerajaan tanpa sebarang alasan. Faisal beruntung mendapat asuhan antara lain dari Sasterawan Negara Datuk A.Samad Said, Sasterawan Negara Dato Shahnon Ahmad, pemenang SEA Write Award Zaharah Nawawi dan Sutung Umar RS dalam bidang puisi. SN Dato Shahnon malah mempunyai hubungan yang rapat dengan keluarga Faisal. Pada tahun 1999 Faisal bersama Mawar Shafie, Hizairi Othman, Jasni Matlani mewakili Malaysia ke Program Penataran Sastera anjuran Majlis Sastera Asia Tenggara di Jakarta dan Bogor.

Cerpen pertama beliau tersiar pada tahun 1992 di majalah Muslimah dengan judul Anastasia. Faisal hanya disedari oleh khalayak sastera pada tahun 1994 apabila cerpen-cerpen beliau iaitu cerpen Anak dan cerpen Opah memenangi Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Public Bank 1994. Tahun yang sama beliau memenangi Hadiah Sastera Siswa DBP-Bank Rakyat menerusi cerpen Malam Ini Philadelphia Menangis, anugerah paling berprestij untuk penulis remaja waktu itu (kini sudah tiada).

Kejayaan ini diikuti pada tahun 1995 apabila beliau memenangi sekali Hadiah Sastera Utusan dengan cerpen Pemberontakan Kedua. Tahun 1996 Faisal dikurniai rezeki yang murah dengan memenangi Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Public Bank dengan cerpen Perempuan Anggerik dan cerpen Api KL Belum Terpadam, Hadiah Sastera Berunsur Islam anjuran BAHEIS kelapan dengan cerpen Menanti Subuh. Dalam tahun 1997, cerpen Surat Untuk Gabe 1 memenangi Hadiah Sastera Karya.

Faisal seterusnya memenangi Hadiah Sastera Utusan Malaysia pada tahun 1998 (dengan cerpen Cinta Gendang Kasturi), 1999 (cerpen Bulan dan Wira dan puisi Sesudah Hujan Dahlia) dan dalam tahun 2000 dengan cerpen Irisan-irisan Mimpi dan Syahid Raja Api. Faisal juga memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia 96/97 dengan cerpen Perempuan Anggerik. Cerpen beliau ini diterjemahkan ke bahasa Thai, Inggeris dan Jepun serta diadaptasi ke dramatari oleh kareografer terkenal Adikara Dance Theatre, Jasni Abdul Hamid pada 29 Julai 2001. Dalam tahun 2001 juga Faisal memenangi Hadiah Sastera Berunsur Islam dengan cerpen Cahaya Pada Jiwa. Salah sebuah cerpen Faisal iaitu Kerana Manisnya Epal terkandung dalam komponen sastera dalam subjek Bahasa Melayu bagi Tingkatan Empat. Dua kumpulan cerpen mini beliau diterbitkan di Sasbadi dengan judul Sehari Dalam Perang (1997) dan Safari Gilgit (1997). Beliau membuat "kecoh" bersama Azman Husin dalam tahun 2000 dengan menerbitkan Kumpulan Cerpen Underground secara "berduet".


Sunday, 24 March 2013

Menambat Hati Perempuan

  1. Perempuan inginkan perhatian dan kasih sayang, terutamanya dari orang yang disayangi. Oleh itu tunjukkan sifat keperihatinan dan kasih sayang yang tiada nilai kepada mereka. Bila mereka rasa terhibur dan bahagia mereka akan menjadi seorang pasangan yang amat setia dan cinta sepenuh hati. Sekiranya kasih sayang yang mutlak telah didambakan kepada  orang yang disayanginya, segala pengorbanan akan dilakukan tanpa memberi sebarang nilai-itulah perempuan  

  2. Gunakan sepenuhnya teknologi yang ada di zaman sekarang. Seringlah menelefon atau menghantar e-mail untuk bertanyakan khabar atau paling minima mengucapkan 'Hai' untuk menunjukkan bahawa dia sering di hati kamu. Bagi mereka walaupun satu ungkapan atau satu ayat, ia merupakan sesuatu yang sangat berharga dan begitu bahagia menerimanya.

  3. Berkongsilah masalah dengan mereka, cuba dengar pendapat mereka, sekurang-kurangnya mereka akan berasa yang mereka itu penting dalam diri kamu dan diperlukan. 

  4. Jangan kamu ambil remeh-temeh pada perkara yang amat penting bagi mereka. Mereka sangat kuat ingatan terhadap tarikh-tarikh penting, contohnya hari ulang tahun. Apa salahnya buat 'surprise' sekali sekala kepada orang yang kita sayangi. Mereka akan dapat rasakan yang kamu betul-betul menyayanginya.    

  5.  Perempuan terkenal dengan sifat manjanya. Mereka sering ingin melakukan sesuatu bersama orang yang disayangi. Mereka akan meminta bantuan kamu walaupun mereka mampu melakukannya. Jangan menolak sekiranya kamu tiada halangan ketika itu.Inilah masanya untuk kamu menonjolkan ke'macho'an kamu!. 

  6. Pujuklah mereka dan tenangkan mereka sekiranya mereka dalam kesusahan. Ketika ini mereka benar-benar inginkan kamu disisi mereka. 

  7. Jangan kedekut memberi pujian kepada mereka kerana mereka berhak mendapat pujian. 

  8. Berbincanglah kamu selagi kamu boleh berbincang dan berbincanglah bersama-sama dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

  9. Jangankamu menggunakan kuasa veto kamu dalam membuat keputusan. Cuba memahami keinginannya dan kemahuannya. Sesetengah perempuan tidaksuka menyatakan secara terus terang tentang apa yang mereka inginkan, kadang-kadang mereka suka berkias dan memberi contoh 'cerita orang lain' kepada kamu. Jadi kamu kenalah peka dan gunakan kepakaran kamu untuk memenangi hati mereka. 

  10.  Jangan lupa, mereka juga ada ego yang terselit di celah-celah kelembutan mereka. Apabila mereka terancam atau tercabar..lahirlah sifat amarah, cemburu dan cepat merajuk. Masalah akan timbul bagi mereka yang suka memendam terhadap sesuatu yang mereka tidak puas hati. Mereka akan 'meletup' pada suatu hari. TETAPI kamu jangan sama-sama meletup. Kamu juga jangan lupa dalam diri kamu wujud satu sifat kepimpinan untuk menyelesaikan masalah yang timbul dalam keadaan yang terkawal .Cari sebab mengapa ia terjadi dan bawa berbincang. Ditahap ini kesabaran, toleransi dan komunikasi amat penting. Lakukan dalam keadaan ketika mereka sudah 'sejuk'. Mungkin kamu juga boleh 'cool'kan diri kamu dengan berfikir secara positif contohnya mengapa mereka cemburu. Itu kerana mereka SAYANGkan kamu!  

Monday, 18 June 2012

Rahsia Lelaki dan Ragam


Tiap orang punya perasaan untuk mencintai dan dicintai. Tipulah kalau ada yang menafikannya. Cuma mungkin ada yang masih belum bersedia untuk menjalinkan sebarang komitmen dan maintain single. Bukan apa, itupun satu langkah berjaga jaga.. takut tersalah pilih! Maklumlah, lelaki ni banyak jenis dan spesisnya (sama macam perempuan juga)! Tersilap pilih, merana badan. Tak usah terlalu memandang paras rupa yang tampan bergaya tapi perangai... Tuhan saja yang tahu! Yang penting, hati kita bahagia bersamanya. Rupa tu, asalkan `sedap' mata kita memandang, cukuplah. Orang lain tu, peduli apa! Kalau bahagia.... kita. Kalau derita pun... kita yang tanggung! Di bawah ini diberikan beberapa cara untuk mengenali jenis lelaki yang ada agar anda boleh membuat pemilihan yang sewajarnya!
 
Lelaki Bersemangat
Bagaimana mengenali mereka:
Personaliti diri mereka boleh dikenali menerusi penampilan fizikal mereka. Selalunya mereka yang punya semangat tinggi dalam hidup akan sering kelihatan kepenatan. Mungkin selepas makan atau merokok. Dia juga seorang yang lebih suka memendam rahsianya seorang diri dan dari segi kewangan, tidaklah begitu berwang sangat. Satu lagi sikapnya, sering marah dengan ahli keluarga yang lain. Mungkin sebab kekurangan ehat akibat penat bekerja dan melakukan segalanya begitu bersungguh-sungguh.

Maknanya:
Biarpun mereka ini sering keletihan tapi sebenarnya mereka ini
seorang yang sangat bersemangat dalam hidup dan sanggup bekerja keras demi kepentingan keluarga. Kamu boleh bergantung hidup padanya. Cuma sekiranya kamu tak dapat menyesuaikan diri dengan sikap mereka yang keterlaluan dalam kerjaya, boleh membuatkan hubungan itu tidak berjaya seperti yang sepatutnya! Sebaliknya kamu mungkin boleh
menjadi pendorongnya di dalam kerjayanya itu.

 

Lelaki Takut Komitmen
Bagaimana mengenali mereka:
Dia sememangnya seorang lelaki yang sangat pandai bergaya dan sentiasa berpakaian kemas. Tiap apa yang dipakainya cukup sesuai dengan majlis dan suasana.
Pendek kata, mereka memang trendy dari segi pemakaian dan imej diri. Selain itu, telefonnya juga asyik berdering dan pemanggilnya sudah tentu terdiri dari-pada gadis-gadis.
Mengalahkan VIP pulak tu!

Maknanya:
Sekiranya dia mempamerkan antara sikap begitu, dia dikatakan
seorang yang tak boleh dipercayai sangat apa yang diucapkan pada kamu. Mungkin hari ini dia melafazkan kata suka padamu tapi beberapa minggu kemudian, dia seolah-olah tak mengenali kamu selama ini! Dalam erti kata yang sebenarnya, dia masih belum bersedia untuk menjalinkan komitmen dengan mana-mana gadis buat masa itu.
 

Lelaki Anti Perempuan
Bagaimana mengenali mereka:
Perhatikan corak mereka berbelanja, memang boros. Mereka juga kadangkala gemar mengumpul sesuatu benda sebagai koleksi. Mereka juga tidak sukakan kanak-kanak dan tak begitu rapat dengan keluarga
sendiri.

Maknanya:
Sebenarnya mereka ini bukanlah anti perempuan sangat tapi jenis lelaki yang lebih suka mempergunakan wanita untuk kepentingan mereka. Sebelum memiliki seseorang wanita, mereka sanggup melakukan apa cara sekalipun tapi bila dah dapat, semuanya tak kena! Tapi sikap ini akan berubah bila di satu ketika dia akan mendapati dirinya terpikat dengan seorang wanita tapi sudah pastinya perempuan itu seorang yang menurut kehendaknya!
 

Lelaki Playboy
Bagaimana mengenali mereka:
Selalunya mereka ini seorang yang berpenampilan menarik dan up to date. Biarpun kadangkala mereka tu taklah begitu kacak sangat dari segi paras rupa, tapi penampilan mereka buat mereka cukup menawan.
Kalau bercakap, memang romantis sekali. Kiranya pandai ayat lah ni!
Mereka selalunya memiliki kereta berjenama terkenal dan tinggal di kawasan mewah. Jarang sekali mereka bercakap tentang keluarga mereka.

Maknanya:
Mungkin mereka ini belum terfikir untuk kehidupan berkeluarga.
Hanya mementingkan keseronokan hidup saja dan mustahil jika mereka inginkan sesuatu yang teramat berharga daripada perempuan! Mungkin kerana penampilan diri mereka yang menarik hati, membuatkan mereka sering menjadi perhatian. Jadi, berhati-hatilah! Ada yang berjaya mengikis sikap itu bila usia makin menginjak dewasa tapi usah terperanjat kerana ada yang masih kekal dengan perangai playboy itu biarpun usia dah veteran!



Lelaki Tradisi
Bagaimana mengenali mereka:
Corak berpakaian mereka selalunya sederhana saja, taklah terlalu kuno atau up to date sangat.
Tapi mereka agak suka memerintah orang lain menuruti kehendak mereka. Selain itu, dia sangat bijak mengatur soal kewangannya dan sukakan perempuan yang mampu membuatkan jiwanya tenang.

Maknanya:
Bermakna dia ini mampu menjadi suami yang baik nanti.
Bagi
dirinya, keluarga adalah segala-gala dalam hidupnya. Mereka impikan sebuah keluarga yang bahagia dan itu juga bermakna dia tak takutkan komitmen.
 

Lelaki Korporat
Bagaimana mengenali mereka:
Selalunya mereka ini agak pendiam dan suka berfikir secara logik dan rasional. Bagi dirinya kerjaya adalah perkara yang paling penting dalam hidup. Dia juga pentingkan kesempurnaan termasuk dalam memilih pasangan hidup. Jika ditanya, mungkin mereka akan mengatakan bahawa mereka tak merancang untuk membina keluarga dalam masa yang terdekat itu.

Maknanya:
Ternyata mereka ini lebih pentingkan kerjaya dan kejayaan dalam hidup. Sebab itulah dia akan memilih wanita yang pandai berdikari sebagai pasangan.
Biarpun romantis tapi kamu tetap akan jadi yang kedua dalam hidup selepas kerjaya.



Lelaki Keparat
Bagaimana mengenali mereka :
Lelaki jenis ini suka bersikap ego dan mementingkan diri sendiri berbeza dengan lelaki korporat yang berfikiran rasional.Lelaki jenis ini selalu memerintah dan memeras ugut sesiapa saja dan boleh dilihat di kawasan parking kereta dan tempat di mana kutu rayau selalu berada.

Maknanya :
Lelaki jenis keparat ini tidak sesuai dijadikan suami kerana perangainya memang kekeparatan dan asyik meminta wang semasa orang ramai parking kereta atau motor.Lagi pun wang yang diperolehi digunakan untuk membeli najis dadah dan sebagainya. Mungkin anda juga boleh dijual atau dijadikan bola sepak.


Sunday, 6 May 2012

Jumpe JODOH kat Universiti

Hidup Mati Jodoh Pertemuan Ditentu Allah

bagi orang beragama Islam pasti akan percaya dan yakin dengan ketentuan Allah tp sebenarnya dalam memperolehi sesuatu perkara ataupun dalam tajuk ini iaitu JODOH, kita perlu berusaha untuk memperolehinya. 
Tiada kejayaan yang akan datang Tanpa Usaha yang Gigih..Mungkin jodoh kita telah ditentukan kat Universiti. Sape yang tahu melainkan Maha Pencipta..

Seperti aku yang pernah bercinta dari zaman sekolah tp akhirnya terputus di tengah jalan setelah 5 tahun menjalani persahabatan(kapel). tapi aku anggap itu sebagai ujian dariNya dalam persediaan tuk melayari bahtera rumah tangga..tapi bukan dengan die dan mungkin dengan orang yang baru aku temui..Janganlah mudah putus asa dan teruskan usaha mencari jodoh walaupun jodoh sudah ditetapkan.hehe..  

Tuhan sengaja pertemukan kita dahulu dengan orang yang salah agar kita belajar dari pengalaman supaya kesilapan atau kesalah yang kita buat tidak akan berulang kembali. 

Dari cerita-cerita kawan2 dan cikgu2 aku. mereka jumpa dengan pasangan hidup mereka semasa belajar dekat Universiti. Alhamdulillah mereka semua telah selamat diijabkabulkan. boleh dikatakan Universiti ini tempat pertemuan jodoh. Dalam kita bersahabat pasti kita juga inginkan sesorang yang lebih istimewa. Ya, aku akui yang sahabat amat diperlukan dalam meluahkan rasa suka duka tetapi kita juga perlukan someone dalam meluahkan rasa kasih sayang kita. Setuju tak??

Seperti aku, setelah setahun lebih menyendiri(single) akhirnya aku jumpa seorang yang amat special pada aku. seorang insan yang memenuhi syarat-syarat tuk menjadi pasangan hidupku..hehe.
 Kejernihan wajahmu sempurna pada pandanganku, kau kiranya keturunan terpilih disanjung serta dihormati, kau permata kesederhanaanmu mengecap kekayaan dunia, kau mestika ketaqwaan dirimu itu yang mendamba kasihku.
bagi insan yang masih tercari-cari pasangan. pilihlah pasanganmu yang mempunyai ciri-ciri di atas. nescaya bahagia kedua-duanya. InsyaAllah. Apa yang paling penting ialah AGAMA. kerana agama menjadi perkara yang paling penting dalam hidup berpasangan.

Dia hadir disaat aku memerlukan, kehadiran telah buatkan hidup aku lebih bahagia setelah kecewa dengan percintaan lama..aku anggap percintaan tu cinta monyet je.. dan percintaan kali ini adalah cinta pertamaku.  
Kau Cinta Pertamaku, kau Cinta Terakhirmu, Tiada apa yang bisa menafikan kasih Kita.
 macam-macam lagu nasyid aku letak dalam ni.maklumlah, aku ni peminat fanatik genre nasyid ni..sebab semua baris kata-kata lirik nasyid tu mempunyai maksud yang mendalam dalam kehidupan kita. ok, kita balik dekat kisah cinta, aku ni boleh dikatakan jumpa jodoh dekat Universiti dan aku berharap sangatlah dielah orang yang telah ditetapkan oleh Allah itu. walau kami jarang berjumpa tapi kami tahu yang kami sentiasa ada dalam hati masing-masing.tidak pernah jauh walau jarak memisahkan. dalam universiti ni kami sangat sibuk dengan komitmen masing-masing. macam aku aktif dalam badan uniform dan die aktif dalam persatuan kt fakulti. itu semua tak menghalang cinta kami..hehehe..timbalah ilmu dan pengalaman kat universiti ini kerana peluang ini hanya sekali.jangan persiakannya. aktif dalam persatuan bukan alasan tuk bercinta dan kami sudah buktikan..betul tak awak.... (^_^)

Jarang berjumpa dapat mengelakkan fintah orang lain. so, wajiblah kita menjaga kesucian cinta kita agar tidak tercalar. kita sekarang masih ade hidup masing-masing. jalani kehidupan seperti biasa dan tenang tanpa melupakan saya di sini.. kite masih ada 1 tahun lebih lg kt Universiti ini, kite teruskan perjuangan ini dan Insyaallah kite grad same-same. harapan saya dekat awk, sama2 lah kita menempuh onak duri yang bakal melanda dan awk jgn risau saya sentiasa ada di sisi awak tuk bantu awak dikala awak kesusahan.

Ku Ukir Namamu Kasih di Lubuk Hatiku, Kerna Cintaku ini untukmu Selamanya.
Aku mengharapkan cinta ini tidak akan berakhir dan jika tiada jodoh antara kita, bukakanlah hatimu tuk terima kenyataan atau takdir maha Esa. kita hanya mampu merancang tetapi Allah menentukannya. tapi aku tahu yang Allah maha Adil, Pengasih dan Penyayang. kasih sayang antara kita tidak akan terlerai jika kita memohon restu dariNya.. InsyaAllah.

CINTA SEJATI MEMBAWA KE SYURGA

Sunday, 29 April 2012

Apa Itu Brotherhood ???

BROTHERHOOD
Perkataan ni aku kenal bile aku join badan uniform Siswa Siswi Pertahanan Awam(SISPA) kat UiTM. Mula2 aku ingat join bdn uniform ni kne berkawad je tapi ternyata jangkaan aku salah. SISPA UiTM berbeza dengan bdn uniform lain. Dalam melakukan aktiviti2 bdn uniform, kami juga ditekankan dengan semangat persahabatan. Spirit of Brotherhood ni aku rase mase Kursus Kepimpinan dan Pentadbiran 2011..mase tu aku semester 2. Dalam kursus tu ade 1 aktiviti yang sangat2 menguji ketahanan mental aku. Pada waktu tu jugak aku rase semangat brotherhood tu. aktiviti tu membuatkan aku sedar bahawa persahabatan sangat penting dan aku menghargai persahabatan yang tlh dibina ini. semangat ini jugak diteruskan ke taman negara. ini telah buatkan aku SAYANGKAN KAWAN-KAWAN AKU DAN SAYANGKAN SISPA.


Kini setelah 4 semester aku bersama SISPA, persahabatan kami semakin erat dan mantap. kalau terpisah sekejap terasa sedih sangat. banyak aktiviti yang kami buat bersama. Suka duka pahit manis kami rasai bersama. kami ibarat adik-beradik walau jumlah kami ramai.


Kerana terlalu sayang. gurauan pun boleh dianggap betul. salah aku ke buatkan mereka menangis? bukan setiap masa kita perlu bergelak tawa, sesekali perlu bertegas dan serius dalam sesuatu perkara. bukan niat aku tuk buat korang menangis, aku sayangkan korang sangat2. semua salahkan aku..cakap aku jahat.  ke korang dah tak sayang aku?..aku taw yang brotherhood kite sangat kuat tapi jgn sebab bende kecik boleh meretakkan hubungan kita..


Tuhan telah tetapkan pertemuan kita semua dan Tuhan juga berhak tuk pisahkan kita. Itu semua takdir. tapi aku tak nak kita semua berpisah dan aku tak sanggup nak tinggalkan korang yg aku sayang..tapi kalau korang nak aku pergi...aku akan lakukan permintaan korang tu..
satu harapkan aku kepada korang..teruskanlah persahabatan kita walau aku sudah tidak bersama..korang semua sahabat sejati aku. aku taknak tengok korang susah. taknak tengok korang sedih. 

Maafkan aku buat korang sedih dan menangis

I LOVE SISPA.

"Sayang adalah kesanggupan seseorang individu untuk berkongsi masalah tidak kira masalah hidup mahupun peribadi"



Saturday, 21 April 2012

Khas Buatmu SAHABAT

Assalamualaikum w.b.t
Tergerak hati aku nak buat blog kerana aku mahu menghargai sahabat-sahabat aku tidak kira sahabat kampung, kelas mahupun SISPA. Kat sini aku boleh meluahkan perasaan aku terhadap sahabat-sahabatku ini. Aku rasa bahagia bersama korang. Hidup aku tidak terasa kosong. Banyak aktiviti kita buat bersama. Semoga kenangan kita cipta bersama ini akan terus menjadi ingatan selamanya.. Tuk menghargai korang...aku post lirik lagu ni..

Devotess- Sahabatku
Kulayarkan kerinduan di lautan memori
Mengimbau kenangan indah yang menyentuh emosi
Masih segar di ingatan saat mesra berputik
Hadirmu bawa sinaran cahaya inspirasi


Sahabatkau sesungguhnya
Temanku di kala suka dan lara
Tika ku buntu diselubungi sendu
Kau tiupkan ketabahan untuk ku ukir senyuman
Bagaikan embun hilang diterbit fajar
Kau pergi jauh mengejar cita
Menggapai redha yang ESA


Duhai sahabat dengarkanlah
Bicara hati ini
Meskipun jarak memisahkan
Namun tiada noktah kasih
Biarlah waktu menentukan
Nilai ukhwah yang terjalin
Terusakanlah perjuangan
Hingga ketitisan darah yang terakhir


Dan aku...masih di sini
Terus mendaki puncak tertinggi hidupku
Dan aku...terus menanti
Saat yang manis akan berulang kembali
Sahabat...



semoga persahabatan yang teah kita bersama ini akan berkekalan hingga keakhirnya. buat sahabat-sahabat tercinta terutamanya sisparian, pertemuan kita tidaklah begitu lama tp aku sanjung persahabatan antara kita semua. SAHABAT SEJATI SUMBER INSPIRASI.

Thursday, 15 December 2011

Lagu Kegemaran Aku

سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ


Lirik Lagu Ku Akui Cinta - Aiman


I
Aku mula merasakan
Terbitnya kasih bagai mentari
Menyinar terang waktu siang


II
Waktu telah menyatukan
Keihlasanmu kejujuranku
Di dalam satu pertemuan


Korus
Dan bila aku akui cintamu
Mula bertapak mula bertakhta
Hilanglah sudah kisah duka lama
Dan kita mula melangkah berdua
Seiiring sesama dalam kembara
Mengenal apa itu erti cinta


III
Kini ruang kekosongan
Mula terisi dan dilakari
Seribu satu warna kasih


Korus


Bridge
Akan datang
Akan datang badai taufan yang menghempas
Badai taufan yang menghempas dan mencabar
Namun kita mesti tabah dan teruskan perjalanan ohh ohhh


Korus


Outro
Waktu telah menentukan
Keihlasanmu kejujuranku
Jadi satu


Tajuk: Ku Akui Cinta
Lagu: Hafiz Hamidun (Arteffects Production)
Lirik: Pawaka (Arteffects Production)
Hakcipta: Arteffects Production
Artis: Aiman
Album: Kompilasi CINTA - Cinta Ilahi Cinta Insani