BROTHERHOOD
Perkataan ni aku kenal bile aku join badan uniform Siswa Siswi Pertahanan Awam(SISPA) kat UiTM. Mula2 aku ingat join bdn uniform ni kne berkawad je tapi ternyata jangkaan aku salah. SISPA UiTM berbeza dengan bdn uniform lain. Dalam melakukan aktiviti2 bdn uniform, kami juga ditekankan dengan semangat persahabatan. Spirit of Brotherhood ni aku rase mase Kursus Kepimpinan dan Pentadbiran 2011..mase tu aku semester 2. Dalam kursus tu ade 1 aktiviti yang sangat2 menguji ketahanan mental aku. Pada waktu tu jugak aku rase semangat brotherhood tu. aktiviti tu membuatkan aku sedar bahawa persahabatan sangat penting dan aku menghargai persahabatan yang tlh dibina ini. semangat ini jugak diteruskan ke taman negara. ini telah buatkan aku SAYANGKAN KAWAN-KAWAN AKU DAN SAYANGKAN SISPA.
Kini setelah 4 semester aku bersama SISPA, persahabatan kami semakin erat dan mantap. kalau terpisah sekejap terasa sedih sangat. banyak aktiviti yang kami buat bersama. Suka duka pahit manis kami rasai bersama. kami ibarat adik-beradik walau jumlah kami ramai.
Kerana terlalu sayang. gurauan pun boleh dianggap betul. salah aku ke buatkan mereka menangis? bukan setiap masa kita perlu bergelak tawa, sesekali perlu bertegas dan serius dalam sesuatu perkara. bukan niat aku tuk buat korang menangis, aku sayangkan korang sangat2. semua salahkan aku..cakap aku jahat. ke korang dah tak sayang aku?..aku taw yang brotherhood kite sangat kuat tapi jgn sebab bende kecik boleh meretakkan hubungan kita..
Tuhan telah tetapkan pertemuan kita semua dan Tuhan juga berhak tuk pisahkan kita. Itu semua takdir. tapi aku tak nak kita semua berpisah dan aku tak sanggup nak tinggalkan korang yg aku sayang..tapi kalau korang nak aku pergi...aku akan lakukan permintaan korang tu..
satu harapkan aku kepada korang..teruskanlah persahabatan kita walau aku sudah tidak bersama..korang semua sahabat sejati aku. aku taknak tengok korang susah. taknak tengok korang sedih.
Maafkan aku buat korang sedih dan menangis
I LOVE SISPA.
"Sayang adalah kesanggupan seseorang individu untuk berkongsi masalah tidak kira masalah hidup mahupun peribadi"
saya dah follow!! :)
ReplyDeleteok tq ...hihi :-)
ReplyDeletei pun dah follow you...
ReplyDelete