bagi orang beragama Islam pasti akan percaya dan yakin dengan ketentuan Allah tp sebenarnya dalam memperolehi sesuatu perkara ataupun dalam tajuk ini iaitu JODOH, kita perlu berusaha untuk memperolehinya.
Tiada kejayaan yang akan datang Tanpa Usaha yang Gigih..Mungkin jodoh kita telah ditentukan kat Universiti. Sape yang tahu melainkan Maha Pencipta..
Seperti aku yang pernah bercinta dari zaman sekolah tp akhirnya terputus di tengah jalan setelah 5 tahun menjalani persahabatan(kapel). tapi aku anggap itu sebagai ujian dariNya dalam persediaan tuk melayari bahtera rumah tangga..tapi bukan dengan die dan mungkin dengan orang yang baru aku temui..Janganlah mudah putus asa dan teruskan usaha mencari jodoh walaupun jodoh sudah ditetapkan.hehe..
Tuhan sengaja pertemukan kita dahulu dengan orang yang salah agar kita belajar dari pengalaman supaya kesilapan atau kesalah yang kita buat tidak akan berulang kembali.
Dari cerita-cerita kawan2 dan cikgu2 aku. mereka jumpa dengan pasangan hidup mereka semasa belajar dekat Universiti. Alhamdulillah mereka semua telah selamat diijabkabulkan. boleh dikatakan Universiti ini tempat pertemuan jodoh. Dalam kita bersahabat pasti kita juga inginkan sesorang yang lebih istimewa. Ya, aku akui yang sahabat amat diperlukan dalam meluahkan rasa suka duka tetapi kita juga perlukan someone dalam meluahkan rasa kasih sayang kita. Setuju tak??
Seperti aku, setelah setahun lebih menyendiri(single) akhirnya aku jumpa seorang yang amat special pada aku. seorang insan yang memenuhi syarat-syarat tuk menjadi pasangan hidupku..hehe.
Kejernihan wajahmu sempurna pada pandanganku, kau kiranya keturunan terpilih disanjung serta dihormati, kau permata kesederhanaanmu mengecap kekayaan dunia, kau mestika ketaqwaan dirimu itu yang mendamba kasihku.bagi insan yang masih tercari-cari pasangan. pilihlah pasanganmu yang mempunyai ciri-ciri di atas. nescaya bahagia kedua-duanya. InsyaAllah. Apa yang paling penting ialah AGAMA. kerana agama menjadi perkara yang paling penting dalam hidup berpasangan.
Dia hadir disaat aku memerlukan, kehadiran telah buatkan hidup aku lebih bahagia setelah kecewa dengan percintaan lama..aku anggap percintaan tu cinta monyet je.. dan percintaan kali ini adalah cinta pertamaku.
Kau Cinta Pertamaku, kau Cinta Terakhirmu, Tiada apa yang bisa menafikan kasih Kita.macam-macam lagu nasyid aku letak dalam ni.maklumlah, aku ni peminat fanatik genre nasyid ni..sebab semua baris kata-kata lirik nasyid tu mempunyai maksud yang mendalam dalam kehidupan kita. ok, kita balik dekat kisah cinta, aku ni boleh dikatakan jumpa jodoh dekat Universiti dan aku berharap sangatlah dielah orang yang telah ditetapkan oleh Allah itu. walau kami jarang berjumpa tapi kami tahu yang kami sentiasa ada dalam hati masing-masing.tidak pernah jauh walau jarak memisahkan. dalam universiti ni kami sangat sibuk dengan komitmen masing-masing. macam aku aktif dalam badan uniform dan die aktif dalam persatuan kt fakulti. itu semua tak menghalang cinta kami..hehehe..timbalah ilmu dan pengalaman kat universiti ini kerana peluang ini hanya sekali.jangan persiakannya. aktif dalam persatuan bukan alasan tuk bercinta dan kami sudah buktikan..betul tak awak.... (^_^)
Jarang berjumpa dapat mengelakkan fintah orang lain. so, wajiblah kita menjaga kesucian cinta kita agar tidak tercalar. kita sekarang masih ade hidup masing-masing. jalani kehidupan seperti biasa dan tenang tanpa melupakan saya di sini.. kite masih ada 1 tahun lebih lg kt Universiti ini, kite teruskan perjuangan ini dan Insyaallah kite grad same-same. harapan saya dekat awk, sama2 lah kita menempuh onak duri yang bakal melanda dan awk jgn risau saya sentiasa ada di sisi awak tuk bantu awak dikala awak kesusahan.
Ku Ukir Namamu Kasih di Lubuk Hatiku, Kerna Cintaku ini untukmu Selamanya.Aku mengharapkan cinta ini tidak akan berakhir dan jika tiada jodoh antara kita, bukakanlah hatimu tuk terima kenyataan atau takdir maha Esa. kita hanya mampu merancang tetapi Allah menentukannya. tapi aku tahu yang Allah maha Adil, Pengasih dan Penyayang. kasih sayang antara kita tidak akan terlerai jika kita memohon restu dariNya.. InsyaAllah.
CINTA SEJATI MEMBAWA KE SYURGA